Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

LATIHAN KESALAHAN TATABAHASA DAN ISTILAH

Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat tersebut. 1. “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut. “Apakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta pertandingan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut. 2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia buat. Bapa saudaranya memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia masak. 3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik dari seorang pemuda lagi.  Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi. 4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalap...

JAWAPAN LATIHAN PERCUBAAN SPM NEGERI SEMBILAN KERTAS 2 SOALAN 3

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan.       (i) Kami sekeluarga ingin melawat jiran kami yang terlibat dalam kemalangan di Hospital                        Banting.           Doktor tersebut sedang merawat pesakitnya yang menghidapi penyakit kulit.       (ii) Ayah sedang mengewap air yang terperangkap di dalam keretanya itu.             Aiman sering menguap di dalam kelas kerana dia tidur lambat demi menyiapkan kerja                          sekolahnya semalam.       (iii) Razina mengelar ikan tersebut sebelum dilumuri dengan garam dan kunyit.              Azim menyelar pandangan rakan sekerjanya dengan hujah yang yang lebih kuat dan kukuh. b) AYAT PASIF KE AYAT AKTIF i) Kami telah melaksanakan  tugas me...