Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

LATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA 2018

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa a)Bina Ayat i-Ibu membawa pulang seekor anak kucing  ii- Jualan tudung oleh Puan Salmah telah membuahkan hasil pulangan yang sangat lumayan. iii- Apabila Farid menjumpai dompet rakannya yang hilang itu, dia terus memulangkan kepada rakannya itu. iv- Penggunaan telefon bimbit di sekolah telah lama mansuh. v- Pemansuhan penggunaan straw pada tahun hadapan oleh pihak kerajaan akan menyelamatkan alam sekitar kita. vi- Kerajaan akan memansuhkan penguatkuasaan sistem cukai pada bulan hadapan. (b) - Kumar menegur Daniel dan bertanya tentang tempat yang ingin ditujuinya.  - Daniel berkata dia tidak ke mana-mana, cuma hendak mengambil angin sebentar. - Kumar menyatakan kekagumannya dan memuji kehebatan Daniel menjawab semua soalan fizik sebentar tadi.  - Daniel menafikannya dan mengatakan bahawa perkara tersebut biasa sahaja  baginya.  - Kumar bertanyakan rahsia Daniel yang semakin bijak dan memintanya berko...