Skip to main content
Latihan:Nota Kuliah 4-5

Berikan sistem panggilan di Malaysia:

  • Gelaran Warisan
  • Gelaran Kurnian 
  • Gelaran Keagamaan 

    GELARAN WARISAN 

    ·         Gelaran warisan daripada keturunan raja-raja yang memerintah sama ada pada zaman dahulu atau sekarang 

    §  Raja di negeri Perak dan Selangor, Tunku di negeri Johor dan Negeri Sembilan, Tengku di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang

    ·         Gelaran warisan daripada keturunan orang-orang besar

    §  Megat dan Puteri di negeri Perak, Nik di negeri Kelantan, Wan negeri Kelantan dan Terengganu, Abang di negeri Sarawak, Datu di negeri Sabah, Tan di negeri Kedah, Tun di negeri Terengganu

    ·         Gelaran warisan daripada keturunan Nabi Muhammad S.A.W

    §  Sayid dan Syed bagi lelaki, Syarifah bagi perempuan

    GELARAN KURNIAAN 

    ·         Gelaran kurniaan Kerajaan Persekutuan paling tinggi yang dianugerahkan kepada lelaki dan perempuan

    §  Tun

    ·         Gelaran kurniaan untuk isteri kepada Tun

    §  Toh Puan

    ·         Gelaran kurniaan Kerajaan Persekutuan kepada orang lelaki dan perempuan ( dibawah Tun)

    §  Tan Sri

    ·         Gelaran kurniaan untuk isteri kepada Tan Sri 

    §  Puan Sri

    ·         Gelaran kurniaan oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada lelaki dan perempuan

    §  Datuk, Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia

    ·         Gelaran kurniaan oleh kerajaan negeri Sarawak

    §  Datuk Patinggi, Datuk Amar

    ·         Gelaran kurniaan oleh kerajaan negeri Selangor kepada perempuan

    §  Datin Paduka

    ·         Gelaran kurniaan isteri kepada Datuk di Terengganu

    §  Toh Puan

    ·         Gelaran kurniaan ikhtisas untuk profesor lelaki atau perempuan yang sudah mencapai kemuncak bidang akedemik

    §  Profesor Diraja

    ·         Gelaran kurniaan ikhtisas untuk lelaki atau perempuan yang sudah mencapai peringkat paling tinggi dalam bidang akedemik

    §  Profesor

    ·         Gelaran kurniaan ikhtisas untuk lelaki atau perempuan yang sudah mencapai taraf akedemik satu tingkat di bawah profesor

    §  Profesor Madya

    ·         Gelaran kurniaan ikhtisan untuk lelaki atau perempuan yang berkelulusan Doktor Falsafah, ilmu perubatan dan pembedahan , pergigian dan perubatan veterinar

    §  Doktor

    ·         Gelaran kurniaan ikhtisas untuk lelaki atau perempuan yang menjadi guru 

    §  Cikgu

    GELARAN KEAGAMAAN 

    ·         Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong

    §  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda 

    ·         Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri

    §  Duli Yang Maha Mulia

    ·         Balu Raja 

    §  Yang Maha Mulia

    ·         Raja Muda atau Tengku Mahkota 

    §  Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia

    ·         Kerabat Diraja Karib

    §  Yang Amat Mulia

    ·         Bergelar warisan 

    §  Yang Mulia 

    ·         Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri

    §  Yang Amat Berhormat

    ·         Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri

    §  Yang Berhormat

    ·         Wakil rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja 

    §  Yang Berhormat Mulia

    ·         Tun, Toh Puan 

    §  Yang Amat Berbahagia

    ·         Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan atau gelaran ikhtisas yang formal

    §  Yang Berbahagia

    ·         Ketua Hakim Negara

    §  Yang Amat Arif

    ·         Ketua Polis Negara

    §  Yang Amat Setia

    ·         Hakim atau Kadi

    §  Yang Arif

    ·         Mufti dan pemimpin Islam 

    §  Sahibul Samahah

    ·         Ketua Jabatan tanpa gelaran

    §  Yang Berusaha

    Comments

    Popular posts from this blog

    LATIHAN KESALAHAN TATABAHASA DAN ISTILAH

    Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat tersebut. 1. “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut. “Apakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta pertandingan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut. 2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia buat. Bapa saudaranya memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia masak. 3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik dari seorang pemuda lagi.  Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi. 4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalap...

    LATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA 2018

    Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa a)Bina Ayat i-Ibu membawa pulang seekor anak kucing  ii- Jualan tudung oleh Puan Salmah telah membuahkan hasil pulangan yang sangat lumayan. iii- Apabila Farid menjumpai dompet rakannya yang hilang itu, dia terus memulangkan kepada rakannya itu. iv- Penggunaan telefon bimbit di sekolah telah lama mansuh. v- Pemansuhan penggunaan straw pada tahun hadapan oleh pihak kerajaan akan menyelamatkan alam sekitar kita. vi- Kerajaan akan memansuhkan penguatkuasaan sistem cukai pada bulan hadapan. (b) - Kumar menegur Daniel dan bertanya tentang tempat yang ingin ditujuinya.  - Daniel berkata dia tidak ke mana-mana, cuma hendak mengambil angin sebentar. - Kumar menyatakan kekagumannya dan memuji kehebatan Daniel menjawab semua soalan fizik sebentar tadi.  - Daniel menafikannya dan mengatakan bahawa perkara tersebut biasa sahaja  baginya.  - Kumar bertanyakan rahsia Daniel yang semakin bijak dan memintanya berko...

    KOSA KATA YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

    POLEMIK Marcapada, kita sering diuar-uarkan dengan gejala sosial dalam kalangan remaja yang telah menjadi polemik yang hangat diperkatakan tidak kira di kedai-kedai kopi mahupun di Dewan Parlimen. MARHEAN Golongan marhean adalah kunci-kunci dalam pembinaan sebuah negara KULAWARGA Kulawarga Ali merupakan keturan mafia yang terkenal di dunia DASAWARA Setelah satu dasawara, kes pembunuhan Ali masih menjadi buah mulut orang ramai IKHTISAR Setiap individu mempunyai ikhtisar masing-masing mengenai sesuatu tajuk ASMAL/TASMIL Tasmilnya amalan membaca sudah menjadi satu kebiasaan bagi pelajar Malaysia WASILAH Azizi mempunyai wasilah yang erat dengan keluarganya NIRMALA Hari Thaipusam merupakan hari nirmala untuk menghalau roh-roh jahat SAKINAH Hazim pergi ke pantai untuk mencari sakinah USLUB/MINHAJ/MANHAJ Berusaha merupaka salah satu uslab untuk berjaya PRAKASA Kerajaan telah melakukan beberapa prakasa AFORISME Ibu bapa mestil...