Skip to main content

JAWAPAN LATIHAN RUMUSAN

SOALAN (MS 5)

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. 



JAWAPAN

Petikan ini membincangkan kebaikan penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik.

Antara manfaat penubuhan badan khas ini ialah membolehkan pesakit-pesakit kronik mendapat bantuan kewangan dan dapat membiayai rawatan dengan cepat. Di samping itu, kebaikannya juga ialah sumbangan daripada masyarakat dapat disalurkan dengan sistematik, dan para pesakit kronik tidak perlu menghebah penderitaan melalui media bagi menagih simpati masyarakat. Selain itu, badan khas ini boleh menentukan keperluan bantuan sebenar pesakit, dan memastikan wang sumbangan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.


Antara sebab penubuhan badan khas ini adalah untuk menyelaraskan sumbangan derma daripada masyarakat, dan dapat mengagihkan wang tersebut dengan adil. Tujuan penubuhannya juga disebabkan kos rawatan terlalu mahal dan masyarakat tidak mampu untuk membiayainya.


Kesimpulannya, semua pihak harus menyokong penubuhan badan ini agar pesakit kronik akan mendapat pembelaan sewajarnya.


Comments

Popular posts from this blog

LATIHAN KESALAHAN TATABAHASA DAN ISTILAH

Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat tersebut. 1. “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut. “Apakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta pertandingan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut. 2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia buat. Bapa saudaranya memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia masak. 3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik dari seorang pemuda lagi.  Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi. 4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalap...

LATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA 2018

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa a)Bina Ayat i-Ibu membawa pulang seekor anak kucing  ii- Jualan tudung oleh Puan Salmah telah membuahkan hasil pulangan yang sangat lumayan. iii- Apabila Farid menjumpai dompet rakannya yang hilang itu, dia terus memulangkan kepada rakannya itu. iv- Penggunaan telefon bimbit di sekolah telah lama mansuh. v- Pemansuhan penggunaan straw pada tahun hadapan oleh pihak kerajaan akan menyelamatkan alam sekitar kita. vi- Kerajaan akan memansuhkan penguatkuasaan sistem cukai pada bulan hadapan. (b) - Kumar menegur Daniel dan bertanya tentang tempat yang ingin ditujuinya.  - Daniel berkata dia tidak ke mana-mana, cuma hendak mengambil angin sebentar. - Kumar menyatakan kekagumannya dan memuji kehebatan Daniel menjawab semua soalan fizik sebentar tadi.  - Daniel menafikannya dan mengatakan bahawa perkara tersebut biasa sahaja  baginya.  - Kumar bertanyakan rahsia Daniel yang semakin bijak dan memintanya berko...

KOSA KATA YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

POLEMIK Marcapada, kita sering diuar-uarkan dengan gejala sosial dalam kalangan remaja yang telah menjadi polemik yang hangat diperkatakan tidak kira di kedai-kedai kopi mahupun di Dewan Parlimen. MARHEAN Golongan marhean adalah kunci-kunci dalam pembinaan sebuah negara KULAWARGA Kulawarga Ali merupakan keturan mafia yang terkenal di dunia DASAWARA Setelah satu dasawara, kes pembunuhan Ali masih menjadi buah mulut orang ramai IKHTISAR Setiap individu mempunyai ikhtisar masing-masing mengenai sesuatu tajuk ASMAL/TASMIL Tasmilnya amalan membaca sudah menjadi satu kebiasaan bagi pelajar Malaysia WASILAH Azizi mempunyai wasilah yang erat dengan keluarganya NIRMALA Hari Thaipusam merupakan hari nirmala untuk menghalau roh-roh jahat SAKINAH Hazim pergi ke pantai untuk mencari sakinah USLUB/MINHAJ/MANHAJ Berusaha merupaka salah satu uslab untuk berjaya PRAKASA Kerajaan telah melakukan beberapa prakasa AFORISME Ibu bapa mestil...