BAHASA MELAYU PERCUBAAN SPM PULAU PINANG - KERTAS 2
- Soalan 1 : Rumusan
Petikan membincangkan kebaikan kelebihan tarian sebagai medium perkembangan remaja dan
cara-cara menggalakkan penyertaan tarian di sekolah.
Antaranya adalah membentuk sahsiah dan jati diri remaja. Selain itu, dapat menonjolkan bakat dan potensi diri mereka yang lahir secara semula jadi. Di samping itu, dapat melahirkan keupayaan remaja untuk menguasai sesuatu gerakan kreatif. Sementara itu, remaja juga akan mengetahui susur galur keturunan dan sejarah tarian tradisional di Malaysia. Pada waktu yang sama, ia juga dapat menyatukan pelajar berbilang bangsa tanpa mengira kaum. Akhir sekali mampu melahirkan individu yang berdisiplin tinggi.
Cara-cara mengalakkan penyertaan tarian di sekolah adalah menubuhkan kelab Tarian dan Kesenian. Selain itu adalah ahli kelab tarian diberikan keistimewaan untuk membuat persembahan
di peringkat negeri dan kebangsaan.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk memartabatkan
bidang tarian agar warisan kesenian dapat dilestarikan.
- Soalan 2 (a) - Petikan Umum
1. Maksud rangkai kata kemampuan individu ialah kebolehan seseorang.
2. Peranan-peranannya adalah ibu bapa perlu memberikan motivasi yang berterusan agar dapat melahirkan anak-anak yang aktif dalam seni tari. Seterusnya ibu bapa juga perlu membantu anak-anak memilih bidang tarian yang diminati dan mempunyai hala tuju.
3. Usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan martabat bidang kesenian dan kebudayaan di Malaysia adalah memperkenalkan bidang kesenian dan kebudayaan di peringkat sekolah agar pelajar dapat dideahkan dengan bidang kesenian ini seawal usia muda. Seterusnya adalah menawarkan biasiswa atau bantuan kewangan bagi pelajar yang meminati bidang kesenian agar mereka dapat mendalami bidang kesenian.
- Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden
1. Keadaan anak-anak muda di kota mewah dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi.
2. Langkah-langkahnya adalah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak-anak. Seterusnya adalah ibu bapa perlu mencurahkan kasih sayang yang secukupnya.
3. Satu persoalan yang terdapat dalam petikan adalah Persoalan tentang keruntuhan akhlak anak-anak muda contohnya anak-anak muda dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi. Satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen adalah keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan - contohnya, ‘saya’ memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain.
- Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional
1. Maksud penjurit besar ialah: Penjurit : Askar Upahan, Besar : Terkenal
2. Tindakan yang dilakukan oleh Kertala Sari sebaik sahaja ia sampai Ia singgah di luar kota, ia menyamar dan ia berjalan keluar masuk kampung.
3. Cara-cara untuk dapat menewaskan Laksamana adalah menggunakan tipu helah untuk menewaskan Laksamana. seterusnya adalah menunggu saat yang sesuai untuk membunuh. Akhir sekali adalah mengupah orang lain untuk membunuh laksamana.
- Soalan 2(d) – Sajak
1. Cara-cara penyajak menzahirkan keinsafan adalah diam dan mengenang dosa lalu serta melafazkan ungkapan taubat kepada Tuhan dengan sebak.
2. Kesan jika manusia sedar dunia bersifat sementara adalah mereka akan berusaha mendekatkan dirinya dengan Tuhan. Seterusnya mereka tidak akan melakukan perkara yang ditegah oleh agama dan Tuhan.
3. Dua nilai murni yang terdapat dalam sajak ini adalah:
i. Keinsafan : Penyajak mengalirkan air mata kerana menginsafi dosa-dosa lalu
ii. Kegigihan : Penyajak memohon doa pada waktu yang hening, bersungguh-sungguh memohon
maaf, dan melafazkan taubat dengan nada sebak
- Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
Jawapan 3 (a)
(i) lengan - lengan amir sangat panjang
lengang - keadaan di pasar itu sungguh lengang
(ii) timang - memegang anak dengan kedua-dua belah tangan sambil melambung-
lambungkannya sedikit, meletakkan sesuatu pada tapak tangan serta
menggerak-gerakkan ke atas ke bawah.
timbang - sama berat, imbang
(iii) trafik - keadaan trafik di kajang tidak stabil.
tragik - kejadian tragik telah berlaku di hadapan rumah mail
Jawapan 3(b)
(i) Pelajar tingkatan Lima Ceria diajar oleh Cikgu Hasnul mata pelajaran Sejarah
pada setiap hari Sabtu.
(ii) Pokok rambutan yang reput itu telah ditebang oleh pekerja kontrak petang tadi.
(iii) Motosikal pusaka kesayangan ayah kami baiki di Bengkel Mutiara.
Jawapan 3 (c)
Kesalahan ejaan:
(i) habiskan - menghabiskan
cucok - cucuk
(ii) menghadiahi - menghadiahkan
senaskah - senaskhah
(iii) engkar - ingkar
menggaul - bergaul
Jawapan 3 (d)
(i) Keharmonian - keindahan
para-para - para
(ii) tua - usang
demi untuk - demi / untuk
(iii) diwartakan - diarahkan
di - pada
Jawapan 3 (e)
(i) sudah terhantuk baru terngadah.
(ii) carik-carik bulu ayam, lama-lama akan bercantum juga /air dicencang tak akan putus.
(iii)pelanduk dua serupa.
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
a)
Novel yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa. Watak utama dalam novel tersebut ialah Leftenan Adnan . Leftenan Adnan merupakan seorang yang berani. Contohnya , Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun hingga ke titisan darah terakhir walaupun tanpa senjata. Keberaniaan Leftenan Adnan menyebabkan Regimen Askar Melayu Berjaya menghalang kemaraan Tentera Jepun di permatang Pasir Panjang, Singapura. Tentera Jepun terpaksa berundur dan beratus-ratus orang tenteranya terbunuh.
Selain itu, Leftenan Adnan juga merupakan seorang yang bijaksana . Contohnya , Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera Sikh yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang. Kesemua tentera itu berjaya dibunuh dan beliau mendapat pujian daripada Jeneral A.E. Percival
Leftenan Adnan juga Seorang yang patriotik . Beliau sanggup menolak tawaran menjadi guru pelatih, seterusnya menerima tawaran mengikuti latihan di Pusat latihan Regimen Askar Melayu di Port Dickson. Tindakannya itu membuktikan semangatnya yang berkobar-kobar untuk mempertahankan tanahair. Setelah menjadi askar Melayu , Leftenan Adnan sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh sehingga beliau terkorban dalam pertempuran di Bukit Candu , Singapura.

b)
Novel yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib dan Tirani karya Beb Sabariah. Latar tempat yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah di Pusat latihan Tentera Darat, Port Dickson. Di sini, tempat Leftenan Adnan menerima latihan setelah diterima memasuki tentera. Latar tempat seterusnya ialah di Kg. Sg. Ramal yang merupakan tempat Adnan dan adik-adiknya dibesarkan di rumah ayahnya.

Manakala, latar tempat yang terdapat dalam novel Tirani ialah di Silicon Medical Centre (SMC) di Singapura. Di sini merupakan tempat Waheeda mengambil keputusan melakukan pembedahan plastik selepas mukanya digigit oleh monyet Belanda. Latar tempat seterusnya ialah di Chale Aya-Sajinah. Tempat ini merupakan pusat peranginan di Cameron Highland yang dimajukan oleh Waheeda selepas ditukarkankan namanya daripada Iwana Iwani. Di sini juga Waheeda bertemu semula dengan Zahid selepas 20 tahun berpisah.
Comments
Post a Comment